Isnin, 26 Oktober 2009

Take-off

0 catatan
Ct,

This is the reason why i'm being silent for the rest of 10 days before.

I'm take off to Tawau for 10 days.
Cuti rehat & Cuti raya. Sorry lupa nak inform. Too busy handling very the very 'important' task.

So, bila nak jumpa? Bulan syawal dah berlalu. Depavali pun sama jugak.
But, I understand...kitakan busy people, yang busy. Hahaaaahhaaaa....

Khamis, 8 Oktober 2009

Pagi-pagi lagi

0 catatan
Mood raya mungkin semakin meninggalkan sekitaran. Dan mood post-kursus masih kuat menerjah dalam diri. Baik dari hari sebelum bermula kursus sehinggalah sekarang. Ada sisa-kemalasan, leafovers yang ku sandang dibahu semakin menular dalam minda. Aku sedar kesesakan kerja yang membiak-piak disekeliling aku, tapi darjah kemalasan tidak dapat aku bendung. Kalau diukur boleh mencapai tahap 115 peratus. Sia-sia datang kerja, bangun awal pagi, mencemar diri dengan kesejukan kota, kalau baik melangkah melalui pintu pejabat aku memomokan diri dengan keserabutan. Aku mengharap waktu ini berada dirumah (sewa) sedang membanting diri di atas katil separuh empuk ditemani kipas siling yang berputar pada tahap maksimum. 'Ahh, bagus sekali!'

Biar masih tidak rela, aku bingkas menekan punat ON untuk menghidupkan komputer DELL di atas meja, menanti sistem operasi berfungsi sepenuhnya, sambil menghenyakan punggung dikerusi berwarna kuning/hitam. Mengeluarkan 'external hard-disk' milik aku yang penuh dengan sofcopy pelbagai bahan. USB hard disk aku padankan di USB pada CPU bahagian hadapan komputer. Windows nampaknya telah berfungsi, ada tiga ID yang terpapar, aku memilih user, memasukan katalaluan, menanti sekali lagi sistem untuk berfungsi mengikut pilihan sebentar tadi. Wallpaper idola Pop-Japan 'Ayumi Hamasaki' menerjah dahulu, diikuti ikon komputer yang lain. Remote aircond aku capai, menghidupkan aircond yang duduk letaknya dikanan aku dimana sela udaranya mencapai kepada aku tanpa ada apa-apa yang menghalang. 'Sejuukk...'

Mula-mula aku membongkar folder 'Song, Song and Song' mecari mp3 yang sesuai dimainkan pagi ini. Lagu duet 'Come Home' nyanyian One Republic dan Sara Bareilles aku pilih. Kelunakan suara kedua-dua penyanyi ini menyerlahkan pagi yang dingin tambahan pula lirik yang mengasyikan. Hampir setiap kali mendengar lagu ini, teringat video drama GossipGirl:Serena and Dan (siri adaptasi dari novel dengan tajuk GossipGirl) di YouTube yang berlatarkan lagu ini. 'Ahahaaa....jiwang karat!'

'Oke...First thing first.'
Klik ikon Mozilla Firefox. Homepage Yahoo terpapar. Pilih Yahoo mail. Masukan ID dan katalaluan. Check e-mail. Klik lagi ikon Mozilla sekali, homepage Yahoo automatis terpapar. Menaip 'kata kunci' e-mail syarikat. Check e-mail syarikat. 'Ah, dua-dua tidak punya mel yang penting. Semuanya yang biasa-biasa sahaja.' Sepuluh minit aku mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa. Jam baru ku beli yang tersarung ditangan kiri aku pandang. Pukul 7.35 minit pagi. Masih ada 25 minit sebelum syif kerja bermula. Aku menarik buku hardcover berwarna coklat tanah bertajuk 'Select Editions Reader's Digest' keluar dari beg sandang. Jangan tanya volum atau edisi ke berapa itu aku tidak pasti. Kelmarin sudah menghabisi cerita karangan Ken Follet iaitu 'Hornet Flight', cerita yang diilhamkan dari kisah benar mengenai dua orang juruterbang bangsa 'Danish' yang melarikan diri dari kekuasaan German di Denmark tahun 1941. Follet memang terkenal dengan cerita war-history-fiction. Hari ini niat memulakan pembacaan Year of Wonders tulisan Gerarldine Brooks. Setelah membaca 20 mukasurat, rasanya saya akan masuk ke dalam dunia cerita ini. Mengambil set tahun 1666, ini merupakan kisah watak utama Anna Frith dan perjalanan hidup watak-watak lain (sampingan) beliau.

'Ah, sudah pukul 8:00 pagi rupanya.' Aku mematikan niat membaca, menutup buku tanpa mengingat mukasurat ataupun titik berhenti.
'Sudah sampai waktu untuk memulai kerja.' Seperti semalam, aku bermula lagi. Memulakan pada titik berhenti yang tertangguh.

'Kerja, kerja, kerja, memang hidup untuk kerja, barang-kali?!'
Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.