Khamis, 30 Julai 2009

Tulis, Tweet & Twitter

0 catatan
Pesal semua orang sebok pasal twitter ah? Sampai aku pown terikut-ikut sama. Aku pown sebok nak join jugak supaya orang tak kata aku out-dated, macamlah aku rajin sangat nak login atau up-date perkembangan (bukan berat badan ye) pasal diri sendiri sepanjang masa (I mean setiap jam). Tapi disebabkan barang (or should I mention application) twitter neh menjadi popular dikalangan tech-savvy, aku kenalah jugak show da world yang aku ni pown ada pengetahuan sedikit.
Orang buat belog, mesti lah aku nak buat belog jugak, padahal tak tahu pun apa yang nak ditaip kat dalam belog tersebut. Oww...orang ada friendster aku pun sibuk ngintip* PC orang lain cara-cara nak sign-up jadi member. Sudahnya semua jadi tak berpedulikan*, semuanya jadi cam rumah banglo besar kat tepi Jalan Ampang yang besar dan cantik gyler tapi takde penghuni. Iskh...tamak-kah aku? Owh...rasanya tidak-lah setamak 'orang besar' yang sudah berkuasa, tapi tidak puas dengan kekuasaannya. Ingat dulu, belog bakal 'tenggelam' seperti 'Tenggelammya Kapal Van der Wijck' (novel itu tidak ada kena mengena dengan entri ini. sekadar hiasaan penulis sahaja) atau terkuburnya empayar kerajaan Pompeii di Naples (Itali), rupanya bloging semakin galak dan berkembang pesat. Belog hari ini, sudah bisa* jadi pentas untuk mengomplen*, mengutuk serta mempromosi sedemikian banyak hal dalam dunia ini. Jadi tahniah-lah kepada sekelian pemunya* belog di muka alam ini. Teruskan lah mempromosi apa yang kamu rasa patut.
*erm...Julie Woon (Bloggerboy) tu Julie Hoi ek? baru aku perasan pulak, memang betul dia. new image kot. tapi aku suka new image dia nie. gud luck, keep up da good work.

Selasa, 21 Julai 2009

Latino Lingo (^+^) Te Quiero

0 catatan
Ahh...kat opis buhsan gyler. (Ada kerja, tapi taw-tawlah kalau bab cari Literature Review & wat Protocol memang sakit kepala). So, tak payah nak susah kan diri...tinggalkan jer kerja tu semua, mari kita bergumbiraaaa.....bergumbiraaaa....

Benda yang seronok untuk dibuat ialah...belajar bahasa Latinnn....yeah...Hola? Como estas? Tu?

Ari ni nak belajar cara2 ‘mengexecusekan’ diri.

Disculpe. (Maafkan saya (minta izin)/ Excuse me.
Lo siento? (Maafkan saya)
¿Perdone? (Maaf)

Minta tolong? Minta tanya?

Dónde (Dimana)
Dónde está el correo? (Dimanakah pejabat pos?)
Qué (Apa itu/Mengapa/Kenapa)
¿Qué es esto? (Apakah itu?)
Cómo (Bagaimana/Macamana)
¿Cómo se dice ‘I love you’ en espanyõl? (Macamana nak cakap ‘I Love You’ dalam bahasa sepanyol?)
Te quiero. (I Love You).

Hisyh...cam best jer cakap Te quiero tu dengan Mr. N, hahahaaaa.........kalau lah semudah itu. Aduh! Tuhan tabahkan hati....hahaha...(Mengarut jer!)

Selasa, 14 Julai 2009

10 Spesis Pemandu yang Paling Membencikan...

0 catatan
Entri ini sebenarnya dah lama aku fikir2. Tapi itu lah masa tak sebegitu terluang untuk meluahkan rasa. Tapi dari pengkajian aku lah sepanjang bergelar pemandu kereta ni, inilah kesimpulan yang boleh aku simpulkan, mengenai spesis2 pemandu (yang bertauliah) dekat negara ini. Ada 10 spesis, tapi yang lima lagik aku simpan dulu. Lepas ni aku nak wat entri macamana nak mengajor pendidikan moral kepada spesis pemandu yang kurang kemoralan ini.

1. Pemandu yang tak sedar diri?
Spesis ni, selalunya akan membawa kereta mereka untuk mendominasi lorong paling kanan sekali, laju konon. Tapi yang aku tak paham tu, bila jer ada minah/pakcik high beam kereta dia, soh dok tepi sikit, dia buat muka, panas hati. Ego tak menentu, lepas tu sibuk nak kejar balik, padahal minah/pakcik tu takder pepa pown. Membuatkan aku bertambah-tambah keheranan tu, kereta minah/pakcik tu jenama BMW, dia pulak kereta jenis “engine below 1600cc” jer, ada hati pulak nak challenge. Bodoh tak bodoh tu?

2. Pemandu yang hilang arah?
Punggung bercacing agaknya. Ini lagi satu spesis, kalau dah tahu tak tahu nak duduk kiri, kanan atau tengah, apa kata beli jer GPS? Mahal? Oke, beli jer peta. Tak lah sesat memanjang. Sepanjang Federal Highway dari Shah Alam ke Kuala Lumpur tu asyik tukar lorong jer kerja.Ko nak pergi mana sebenarnya nie? Kalau orang tak bagi masuk laluan, ko main redah jer, bila orang hon…ko rasa menyampah semacam. Kalau lah aku yang hon tu, yang terkeluar dari mulut aku bukan takat sampah, chicken shit, cow dung, siol, setan, makcik setan… semua ada.

3. Pemandu yang cemas?
Nak terberak ke? Iyo lah tu…Cemas lah sangat. Lorong kecemasan kat sebelah kiri tu bukan disengaja adakan untuk anda memotong dari sebelah kiri. Sekolah memandu dulu lupa ajar eh? Atau masa tu kau skip kelas? Itu untuk kecemasan dan kegunaan pada masa-masa jammed melampau (diulangi jammed melampau). Bukan untuk menunjukkan bertapa terrernya dan ganasnya anda sampaikan begitu berani memandu laju dan memotong dari lorong itu. Ko boleh tak belajar sabar sikit, ko boleh tak respect orang lain dengan tidak memotong turn. Kalau kau nak terberak (tandas awam), baik punya kau Q, lepas tu tetiba pulak ada orang lain dapat masuk dulu. Ko tak hangin ke? Maunya kau berak depan pintu time tu jugak, sakit hati punya pasal. Betul tak?

4. Pemandu yang berlagak?
Hoh. Tau lah kereta tu auto transmission, bukan macam aku punya, manual. Tapi boleh tak…boleh tak jangan menekan brek selang 5 saat? Aku tau kereta kau tu mahal dari punyaku. Tapi, ples…kau kena lah consider dengan orang lain kat belakang. Terkial-kial tekan cluth. Penat tau. Ngko ingat dekat Malaysia ni kau seorang jer ke yang mampu beli kereta auto. Hye..helo? Kereta Datuk Siti pun auto, oke?

5. Pemandu yang buta huruf?
Ko rasa patut tak kau high beam atau hon kereta seseorang yang sedang membawa family bersiar-siar dalam kereta (sedang melalui Federal Highway) dalam pace 60 km/j dilaluan paling kiri sekali, sebab kau rasa kereta itu tidak cukup laju? Kau bonggok ke hapa? Dah had laju kat situ 80km/j by rights kalau kau nak laju sangat duduk lah lorong paling kanan sekali. Pehal pulak sibuk nak high beam segala. (Oooo…aku taw kereta kau kategori bawah 1000cc!)…Keh, keh!

Isnin, 13 Julai 2009

Latino Lingo (^+^)

0 catatan
Since issue PPMSI rasanya telah dimuktamadkan dengan pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin seminggu lepas, dan meraih headline dihampir seluruh media utama Malaysia. Aku rasa memang tak patut lagi nak mengasak-asak pertanyaan dan menunjuk-nunjuk kekecewaan atau tidak senang duduk. Well, it’s over. What’s being done is done. Life must go on, bebeh.

Demi nak menambahkan kemahiran berbahasa. Aku nak belajar greetings bahasa sepanyol. Entri ini aku namakan…Latino Lingo (Sepanyol). Sebab aku fikir penggunaan bahasa latin ni agak meluas kat dunia, dan paling penting banyak soap opera latin yang bermaharajalela kat kaca TV, senanglah aku nak faham dialog soap opera tersebut.

Oke, mula belajar dengan greetings & farewells.

Greetings:
Hola (Hi/Helo)
Buenos dias. (Selamat pagi)
Buenos tardes. (Selamat tengahari)

How are you?
¿Cómo está? (Apa khabar?) or ¿Cómo estás? (informal)
¿Qué tal? (Bagaimana keadaan awak?)
Muy bien, gracias. (Khabar baik, terima kasih)
Mas o menós. (OK) cakap jer (OK).
Bastante bien. (Boleh tahan/ Oklah kot)
Estoy bien. (Saya sihat)
¿Y usted? (Dan anda?) or ¿Y tu? (informal)

Farewells:
Hasta luego. (Selamat tinggal)
Adiós. (Bye)
Nos vemos. (Jumpa lagi)
Bueno, ya me tengo que ir. (Baiklah, saya terpaksa pergi sekarang/ Saya minta diri dahulu)
Buenas noches. (Selamat malam)- untuk ucapan perpisahan bukan good night.

Orang cakap, bahasa Latin ini boleh menyebabkan kita addicted. Betul ke? Hm…pendapat aku lah Yes, it is. Sangat-sangat mengasyikkan. Terasa getik lah pulak. Ahahahaha…..

Rabu, 1 Julai 2009

Menstalker dan Jadi Penstalker belog-blog

0 catatan
Pekerjaan yang aku terhajat hari ini ialah menjadi stalker 'belog-blog' orang lain, yang aku kenal, tak kenal, terkenal, makhluk asing (mungkin) atau transformer atau orang2 ghaib. (Jeng, jeng, jeng - bunyik dramatik skett). Kadang-kadang jadi stalker ni best jugak, banyak benda kita boleh belajar dan bagi aku yang paling sedap baca belog orang lain ini ialah kita dengan secara tidak langsung akan taw perkembangan dunia kat keliling kita. Masalah orang lain, dan somewhere/somehow- life can be (very- I mean) tough for others. So, at least kalau aku tengah frust atau bengang tahap gaban, aku cool-down sket. Atau bila aku buhsan gyler atau gyler bosan, boleh tengok gambar/bakat/kecantikan/seni/keceluparan/kesopanan/hiprokrasi orang lain. Hua hua....

Sangat mustahak...jangan menstalker belog orang dan pada waktu yang sama mengcondemn belog orang lain. Walaupun dengan niat yang baik tetapi tidak jelas pernyataannya. Itu akan mengakibatkan pengecasan bateri yang membawa pada kenaikan suhu badan melampau dan darah yang sampai kat kepala akan menjadi panas, mendidih dengan serta merta. Selalunya akan end-up dengan perperangan sesama belog. Pepehal pown, aku nak menstalker blog orang ni, so nak setop di sini dulu. Tot.
Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.