Selasa, 14 Julai 2009

10 Spesis Pemandu yang Paling Membencikan...

Entri ini sebenarnya dah lama aku fikir2. Tapi itu lah masa tak sebegitu terluang untuk meluahkan rasa. Tapi dari pengkajian aku lah sepanjang bergelar pemandu kereta ni, inilah kesimpulan yang boleh aku simpulkan, mengenai spesis2 pemandu (yang bertauliah) dekat negara ini. Ada 10 spesis, tapi yang lima lagik aku simpan dulu. Lepas ni aku nak wat entri macamana nak mengajor pendidikan moral kepada spesis pemandu yang kurang kemoralan ini.

1. Pemandu yang tak sedar diri?
Spesis ni, selalunya akan membawa kereta mereka untuk mendominasi lorong paling kanan sekali, laju konon. Tapi yang aku tak paham tu, bila jer ada minah/pakcik high beam kereta dia, soh dok tepi sikit, dia buat muka, panas hati. Ego tak menentu, lepas tu sibuk nak kejar balik, padahal minah/pakcik tu takder pepa pown. Membuatkan aku bertambah-tambah keheranan tu, kereta minah/pakcik tu jenama BMW, dia pulak kereta jenis “engine below 1600cc” jer, ada hati pulak nak challenge. Bodoh tak bodoh tu?

2. Pemandu yang hilang arah?
Punggung bercacing agaknya. Ini lagi satu spesis, kalau dah tahu tak tahu nak duduk kiri, kanan atau tengah, apa kata beli jer GPS? Mahal? Oke, beli jer peta. Tak lah sesat memanjang. Sepanjang Federal Highway dari Shah Alam ke Kuala Lumpur tu asyik tukar lorong jer kerja.Ko nak pergi mana sebenarnya nie? Kalau orang tak bagi masuk laluan, ko main redah jer, bila orang hon…ko rasa menyampah semacam. Kalau lah aku yang hon tu, yang terkeluar dari mulut aku bukan takat sampah, chicken shit, cow dung, siol, setan, makcik setan… semua ada.

3. Pemandu yang cemas?
Nak terberak ke? Iyo lah tu…Cemas lah sangat. Lorong kecemasan kat sebelah kiri tu bukan disengaja adakan untuk anda memotong dari sebelah kiri. Sekolah memandu dulu lupa ajar eh? Atau masa tu kau skip kelas? Itu untuk kecemasan dan kegunaan pada masa-masa jammed melampau (diulangi jammed melampau). Bukan untuk menunjukkan bertapa terrernya dan ganasnya anda sampaikan begitu berani memandu laju dan memotong dari lorong itu. Ko boleh tak belajar sabar sikit, ko boleh tak respect orang lain dengan tidak memotong turn. Kalau kau nak terberak (tandas awam), baik punya kau Q, lepas tu tetiba pulak ada orang lain dapat masuk dulu. Ko tak hangin ke? Maunya kau berak depan pintu time tu jugak, sakit hati punya pasal. Betul tak?

4. Pemandu yang berlagak?
Hoh. Tau lah kereta tu auto transmission, bukan macam aku punya, manual. Tapi boleh tak…boleh tak jangan menekan brek selang 5 saat? Aku tau kereta kau tu mahal dari punyaku. Tapi, ples…kau kena lah consider dengan orang lain kat belakang. Terkial-kial tekan cluth. Penat tau. Ngko ingat dekat Malaysia ni kau seorang jer ke yang mampu beli kereta auto. Hye..helo? Kereta Datuk Siti pun auto, oke?

5. Pemandu yang buta huruf?
Ko rasa patut tak kau high beam atau hon kereta seseorang yang sedang membawa family bersiar-siar dalam kereta (sedang melalui Federal Highway) dalam pace 60 km/j dilaluan paling kiri sekali, sebab kau rasa kereta itu tidak cukup laju? Kau bonggok ke hapa? Dah had laju kat situ 80km/j by rights kalau kau nak laju sangat duduk lah lorong paling kanan sekali. Pehal pulak sibuk nak high beam segala. (Oooo…aku taw kereta kau kategori bawah 1000cc!)…Keh, keh!

0 catatan:

Catat Ulasan

Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.