Khamis, 30 Julai 2009

Tulis, Tweet & Twitter

Pesal semua orang sebok pasal twitter ah? Sampai aku pown terikut-ikut sama. Aku pown sebok nak join jugak supaya orang tak kata aku out-dated, macamlah aku rajin sangat nak login atau up-date perkembangan (bukan berat badan ye) pasal diri sendiri sepanjang masa (I mean setiap jam). Tapi disebabkan barang (or should I mention application) twitter neh menjadi popular dikalangan tech-savvy, aku kenalah jugak show da world yang aku ni pown ada pengetahuan sedikit.
Orang buat belog, mesti lah aku nak buat belog jugak, padahal tak tahu pun apa yang nak ditaip kat dalam belog tersebut. Oww...orang ada friendster aku pun sibuk ngintip* PC orang lain cara-cara nak sign-up jadi member. Sudahnya semua jadi tak berpedulikan*, semuanya jadi cam rumah banglo besar kat tepi Jalan Ampang yang besar dan cantik gyler tapi takde penghuni. Iskh...tamak-kah aku? Owh...rasanya tidak-lah setamak 'orang besar' yang sudah berkuasa, tapi tidak puas dengan kekuasaannya. Ingat dulu, belog bakal 'tenggelam' seperti 'Tenggelammya Kapal Van der Wijck' (novel itu tidak ada kena mengena dengan entri ini. sekadar hiasaan penulis sahaja) atau terkuburnya empayar kerajaan Pompeii di Naples (Itali), rupanya bloging semakin galak dan berkembang pesat. Belog hari ini, sudah bisa* jadi pentas untuk mengomplen*, mengutuk serta mempromosi sedemikian banyak hal dalam dunia ini. Jadi tahniah-lah kepada sekelian pemunya* belog di muka alam ini. Teruskan lah mempromosi apa yang kamu rasa patut.
*erm...Julie Woon (Bloggerboy) tu Julie Hoi ek? baru aku perasan pulak, memang betul dia. new image kot. tapi aku suka new image dia nie. gud luck, keep up da good work.

0 catatan:

Catat Ulasan

Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.