Isnin, 30 Mac 2009

Girl's Car & Its Maintenance

0 catatan
Buying a car means putting yourself into more responsibility. For a girl, car can be very annoying...when talk about maintenance. Selalunya kita berfikir bahawa ...

'It's a BOY thing. We, girls don't need to bother how , what, who, where, when, why.'
'Teett...WRONG answer. You do need to bother. Because its important for your safety, health, happiness and for your pocket!'


'Kenapa nak bersusah-payah? Pergi sahaja ke car service centre untuk melakukan servis setiap 5,000 km dan semuanya sudah selesai.'

'Teett...'WRONG answer again. Ada beberapa perkara yang tidak boleh kita bergantung dengan car service centre sepenuhnya iaitu berkaitan 'car basic maintenance'. Perkara berkenaan tayar, oil level, coolant level, timing belt, bateri, lampu, brek, dsb.'

Awareness is good. Mengambiltahu kekurangan kereta anda adalah bagus untuk keselamatan anda. Keadaan tayar misalnya, tekanan angin tayar perlu diperiksa sekali dalam sebulan, untuk memastikan tekanan adalah mencukupi. Ini penting kerana, angin dalam tayar akan berkurang sedikit dan boleh menjejaskan pemanduan dan keselamatan (lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, hujan, dsb.) serta poket anda.

Perlu diambil tahu bahawa, tidak semua benda perlu diganti semasa kita menghantar kereta untuk diservis. Cuma ada beberapa peralatan yang perlu diganti pada masa-masa tertentu disebabkan oleh 'kehausan', 'kecacatan' atau 'kerosakan'.
Mungkin ada sedikit keperluan untuk mengganti dengan yang baru, tetapi tidak semestinya ada kewajiban menggantikannya pada hari diservis. Dan, sesetengah peralatan mungkin hanya memerlukan kos yang murah sahaja jika dipasang ditempat lain. Ambil tahu bermakna anda telah menyelamatkan duit anda dari melayang berbondong-bondong.


"Take-Care-Your-Car, Take-Care-Your-Life-and-Pocket"

Jumaat, 27 Mac 2009

Global Warming dan 'Earth Hour'

0 catatan
Sama-samalah kita menyokong dan turut serta dalam kempen 'EARTH HOUR' dengan mematikan lampu/ switch off perkakasan elektrik selama satu jam (8.30 - 9.30 p.m. waktu tempatan, dimana jua anda berada) pada 28hb Mac 2009, Sabtu. Switching off bermakna anda 'VOTE' untuk 'EARTH' anda.

Bermula di bandar Sydney, Australia pada tahun 2007 sejumlah 2.2 juta rumah dan perniagaan menutup lampu selama satu jam sebagai tanda sokongan terhadap kempen 'EARTH HOUR'. Setahun kemudian pada 2008, mesej ini telah tersebar di kalangan pengerak pertubuhan global, serta penduduk dunia dan berjaya menggerakkan lebih 50 juta penduduk dunia.

Dan tahun ini, 2009, kempen ini berhasrat untuk mengumpul penyertaan sebanyak 1 bilion penduduk, dalam bentuk/ sebagai undi global menyokong kempen tersebut. VOTE EARTH, ialah suatu panggilan/ 'wake up call' kepada penduduk dunia bagi memastikan masa hadapan bumi terpelihara. Sejumlah 74 buah negara dan wilayah telah bersama menyokong 'VOTE EARTH' sempena 'EARTH HOUR' 2009.

Daftar, dan sertailah komuniti dunia serta bersama-samalah berpadu untuk mengurangkan kesan 'global warming' dan memastikan dunia adalah tempat yang selesa untuk didiami.
.
VOTE EARTH by switching off your LIGHT
by switching on your LIGHT means your Vote for GLOBAL WARMING
.
sumber dipetik dari: www.earthhour.org

Khamis, 26 Mac 2009

Diet dan Sihat

0 catatan
Berdiet tidak ada salahnya. Tetapi diet mestilah sihat, tidak memudaratkan kesihatan dan dalam masa yang sama boleh mempertingkatkan keupayaan fizikal kita. Ada tiga hal yang penting untuk menjalani diet sihat (dan memastikan tubuh dan BMI anda normal) iaitu memastikan anda makan dalam jumlah yang mencukupi dengan tidak mengabaikan pengambilan:-

1.
Sarapan pagi adalah satu kemestian. Berat ataupun ringan. Jika anda tidak ada selitan makanan diantara sarapan dan makan tengahari, sarapan jenis berat adalah disyorkan, tetapi sebaliknya jika terdapat selitan.

2.
Makan tengahari juga sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Makan lah secara seimbang dengan mengambil nasi, sayur dan lauk (dan pastikan memenuhi bajet). Anda memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja walaupun hanya bekerja dipejabat yang berhawa dingin.

3.
Makan malam boleh dielakkan atau setidak-tidaknya mengambil jenis makanan roti / biskut kurang kalori. Jangan sesekali makan makanan ringan (junk food) atau makan sejam sebelum anda tidur. Lipid (Lemak), Karbohidrat dan protien (asid amino) akan kurang ditukar kepada ATP (kerana kurang penggunaan tenaga) dan akan disimpan. Maka bertambah-tambahlah simpanan lemak dalam badan kita. (Huhu! ^ _ ^)

Dan cubalah aktif mengeluarkan peluh anda dengan aktiviti seperti:-

Berenang merupakan aktiviti sihat yang menggunakan hampir keseluruhan tenaga, pernafasan dan fizikal anda (gunakan losen sunscreen & UV protection sebelum turun ke kolam).

Berjogging atau bersukan, sangat bagus dan membolehkan anda berpeluh dan membakar kalori anda (bermain badminton atau bola keranjang adalah digalakkan)

Menari, ayuh cuba menari hip-hop atau poco-poco. Kedua-dua jenis tarian ini sangat menyeronokkan dan membolehkan anda membentuk badan (firming) yang cantik (curve).

Kenapa penulis bercerita mengenai Diet dan Kesihatan ini?
{Penulis sedang dalam usaha untuk mengurangkan ukurlilit sebanyak 3 inci >>> Perut}

Rabu, 25 Mac 2009

Tentang Kehidupan

0 catatan

Apakah yang aku belajar mengenai kehidupan?

Kehidupan itu tidak mudah, bukan senang, malah selalunya sukar. Satu benda yang paling aku hargai ialah…aku mempunyai ilmu tentang kehidupan yang tidak sama dengan ilmu kehidupan yang ada pada kamu.

Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.