Khamis, 26 Mac 2009

Diet dan Sihat

Berdiet tidak ada salahnya. Tetapi diet mestilah sihat, tidak memudaratkan kesihatan dan dalam masa yang sama boleh mempertingkatkan keupayaan fizikal kita. Ada tiga hal yang penting untuk menjalani diet sihat (dan memastikan tubuh dan BMI anda normal) iaitu memastikan anda makan dalam jumlah yang mencukupi dengan tidak mengabaikan pengambilan:-

1.
Sarapan pagi adalah satu kemestian. Berat ataupun ringan. Jika anda tidak ada selitan makanan diantara sarapan dan makan tengahari, sarapan jenis berat adalah disyorkan, tetapi sebaliknya jika terdapat selitan.

2.
Makan tengahari juga sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Makan lah secara seimbang dengan mengambil nasi, sayur dan lauk (dan pastikan memenuhi bajet). Anda memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja walaupun hanya bekerja dipejabat yang berhawa dingin.

3.
Makan malam boleh dielakkan atau setidak-tidaknya mengambil jenis makanan roti / biskut kurang kalori. Jangan sesekali makan makanan ringan (junk food) atau makan sejam sebelum anda tidur. Lipid (Lemak), Karbohidrat dan protien (asid amino) akan kurang ditukar kepada ATP (kerana kurang penggunaan tenaga) dan akan disimpan. Maka bertambah-tambahlah simpanan lemak dalam badan kita. (Huhu! ^ _ ^)

Dan cubalah aktif mengeluarkan peluh anda dengan aktiviti seperti:-

Berenang merupakan aktiviti sihat yang menggunakan hampir keseluruhan tenaga, pernafasan dan fizikal anda (gunakan losen sunscreen & UV protection sebelum turun ke kolam).

Berjogging atau bersukan, sangat bagus dan membolehkan anda berpeluh dan membakar kalori anda (bermain badminton atau bola keranjang adalah digalakkan)

Menari, ayuh cuba menari hip-hop atau poco-poco. Kedua-dua jenis tarian ini sangat menyeronokkan dan membolehkan anda membentuk badan (firming) yang cantik (curve).

Kenapa penulis bercerita mengenai Diet dan Kesihatan ini?
{Penulis sedang dalam usaha untuk mengurangkan ukurlilit sebanyak 3 inci >>> Perut}

0 catatan:

Catat Ulasan

Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.