Jumaat, 28 Ogos 2009

31 Ogos: Macam Biasa...

0 catatan
Tinggalkan dulu persoalan serta keseronokan berpuasa dan persiapan-menjelang hari-RAYA, sebab ada satu perkara yang penting untuk diwar-warkan. Macam biasa, bila masuk jer bulan Ogos aku akan pakat dengan member serumah nyanyi lagu '31 Ogos' atau 'Jalur Gemilang' buat cam rumah sewa aku tu REDboc (ala Kotak Merah - tempat karaoke tu). Time tu, perasaan gila punya patriotik. (rasanya makcik rumah bawah tu mesti menyampah gyler. sebab suara tak sesedap Siti Nurhaliza) Eh, helo kalau sedap cam suara Siti, baik aku yang jadi artis. Sebab tu nyanyi karaoke je!

Malam merdeka selalu memang best, duduk rumah tengok TV sambil tunggu bunga api memercik-mercik kat angkasa-raya. Perghhh! Syiok! (nampaknya - ramadhan tahun ni, orang kat Malaysia main bunga api secara besar-besaran. Ahaks...). Best woo...Tapi tahun ni, takde perbarisan macam tahun2 yang lepas, baru cadang nak tengok perbarisan Hari Kebangsaan dari kaca TV 14 inci aku tu. Iskh...kurang hebat rasanya 31 Ogos tanpa perbarisan & kereta berhias. Sebab kereta berhias akan buat aku ternganga-nganga depan TV tatkala menonton rancangan siaran langsung (tersebut).

Takpe-lah, takde perbarisan bukan bermakna semangat 31 Ogos hilang, yang penting hati dan jiwa kita sangat bangga dan sayang Malaysia.

p/s: 52 tahun. Terus melakar sejarah, dan meneroka dunia. Malaysia. Isk...memang best! (macam motto kompeni jual ubat lah pulak). MALAYSIA, my Malaysia. Luv and Peace!

Isnin, 24 Ogos 2009

Salam Ramadhan

0 catatan
Pertama Ramadhan (Suppose this entry published on da 1st Ramadhan 1430H);

Ucapan ini ditujukan kepada...
Mummy, Bapak, famili, cikgu-cikgi dan rakan taulan (yang diingati selalu, Yes! I do remember u all), hadirin dan hadirat (ahaks...)

Insyallah, tahun ini kita akan berpuasa penuh (bagi yang tak terpuasa penuh tu, redha je-lah!). Masuk jer bulan puasa macam-macam perkara dah terbayang-bayang. Mula dengan baca doa berpuasa sebulan (in-case terlupa baca), lepas tu kena bangun pagi...sahur - mesti bangun, masak & makan, waktu puasa (16 jam) - bohong-lah kalau aku tak lapar, petang sikit pikir nak berbuka apa, malam (kalau rajin) pegi tarawikh (kalau tak?), ehem...ehem...(sendiri maw ingat-lah)

Yang terbayang-bayang....
1- First Syawal - Hari Raya Aidilfitri (tapi tahun ni tak balik! (-_-'')
2- Baju raya - (yang ni mak aku dah jahitkan. Thanx. Luv U)
3- Duit raya - Bajet ada berapa ek? Nak bagi berapa ek? Uhukkk....
4- dan lain-lain (merewang-rewang dengan geng2 budak skola, reunion, dsb)


Oh...bestnya ramadhan....dan lebih membestkan ialah Hari Raya....
(bila nak raya nie??? Cepat-lah raya?)

p/s: Buat...Ct Cucubi - promise is promise. Bila nak merewang nie? Kak sherry - taun nie, tak yah pikir2 bila, ari apa nak balik raya. Dah memang kat kampung kan? Korang jangan tak poseeee....Mesti maw puasaa arrr...

Khamis, 20 Ogos 2009

Sekadar Ucapan

0 catatan
Assalamualaikum wbt,

Mungkin tidak terlalu awal, kalau nak ucap 'Selamat Berpuasa' semoga semuanya mendapat rahmat yang berlipat kali ganda.


Wassalam.

Khamis, 13 Ogos 2009

Singkatnya perjalanan: First Time

0 catatan
'Gila -', lama tidak membelog, tangan mulai menjadi gatal-gatal (ada alergik ke?). Terasa sangat kemaruk mengalahkan orang baru first time bercinta. Betul-lah berbelog ini sangat berbisa, hinggakan bisa membuatkan orang yang tidak gila menulis seperti aku ini, ketagihan! Entri ini tidak ada kena mengena dengan penagihan, walaupun harus ada mesej mengenai AIDS dan DADAH patut disorak-sorakkan. Pliz... kamu jangan pernah mahu menjebakan diri dalam kancah dadah dan membiarkan kamu dijangkiti AIDS. Sudah! Stop! Ini cerita pasal sebuah perjalanan yang singkat, tapi serius, entri ini sangat panjang.
Ari tu... pergi JB (naik flight), for the first time I naik KLIA Ekspress (ulang-alik). Memang teruja, lebih teruja dari melihat movie Twilight atau lebih gempak dari melihat majalah gempaq. Ahaha.... Biasalah for the first timer macam aku (orang kata dalam hidup ini mesti ada yang pengalaman yang paling pertama kan? - Ok! jangan menganggan mengingat first time anda &*%$#), mestilah perasaan nak skodeng segala mak nenek kat dalam carriage penumpang KLIA XPress berkobar-kobar. Lagi-lagi bila penumpang tidak sesesak komuter atau bas. Lagi-lah lonjakan keghairahan itu semakin menjadi-jadi. So, tengok-lah anak PakCik Berahim ni, ronda-ronda dalam train tu tanpa rasa segan-sengal dan silu. Whahahahaaa....

This train will take you about 28 minutes from KLIA to KL-Sentral Station. (perjalanan balik)


Amacam? Dalam dia selesa jugak kan? (Selesa tahap gaban!)


The other passangers: Miss Adidas and Mr. Bulky from German. 'Sehr erfreut Sie kennen zu lernen. Adeh... Patah lidah aku!!!

Cute D-shape table. 'It's small and - (I mean - small kan?!)'
'Hey, Mister Sun-Glasses, what are you doing there?'


It's raining men! Yeah, rahmat Tuhan beri. Syukurrr

Si kembar yang menemani aku sepanjang di JB. Miss Cute and Miss Comel.

Ruang penyimpanan. 'Very- da - very - ' '-big?!'

Safety First, kengkawan!!Fire Distinguisher pun ada.

The mega - MIDvalley MEGAmall

Oops, dah sampai Bangsar road, bangunan UOA berdiri megah.
Masa ni-lah announcement 'The next station is KL Sentral....bla...bla....bla...'

Begitu-lah! dan aku pun menamatkan perjalan selama 28 minit itu dengan penuh kesukaan yang melampau. Sungguh! Jikalau tidak mengenangkan harga tiket yang bisa memuaskan nafsu enjin kereta aku selama seminggu, aku pasti menjadi penumpang tetap.

Opps...Makan time. Lapar lah beb! Sampai KL Sentral terus pegi KFC. Makannnn....

Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.