Tinggalkan dulu persoalan serta keseronokan berpuasa dan persiapan-menjelang hari-RAYA, sebab ada satu perkara yang penting untuk diwar-warkan. Macam biasa, bila masuk jer bulan Ogos aku akan pakat dengan member serumah nyanyi lagu '31 Ogos' atau 'Jalur Gemilang' buat cam rumah sewa aku tu REDboc (ala Kotak Merah - tempat karaoke tu). Time tu, perasaan gila punya patriotik. (rasanya makcik rumah bawah tu mesti menyampah gyler. sebab suara tak sesedap Siti Nurhaliza) Eh, helo kalau sedap cam suara Siti, baik aku yang jadi artis. Sebab tu nyanyi karaoke je!
Malam merdeka selalu memang best, duduk rumah tengok TV sambil tunggu bunga api memercik-mercik kat angkasa-raya. Perghhh! Syiok! (nampaknya - ramadhan tahun ni, orang kat Malaysia main bunga api secara besar-besaran. Ahaks...). Best woo...Tapi tahun ni, takde perbarisan macam tahun2 yang lepas, baru cadang nak tengok perbarisan Hari Kebangsaan dari kaca TV 14 inci aku tu. Iskh...kurang hebat rasanya 31 Ogos tanpa perbarisan & kereta berhias. Sebab kereta berhias akan buat aku ternganga-nganga depan TV tatkala menonton rancangan siaran langsung (tersebut).
Takpe-lah, takde perbarisan bukan bermakna semangat 31 Ogos hilang, yang penting hati dan jiwa kita sangat bangga dan sayang Malaysia.
p/s: 52 tahun. Terus melakar sejarah, dan meneroka dunia. Malaysia. Isk...memang best! (macam motto kompeni jual ubat lah pulak). MALAYSIA, my Malaysia. Luv and Peace!
Jumaat, 28 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.

0 catatan:
Catat Ulasan