Apa ada pada angka? Dan sejauh mana angka akan membawa kita menuju ke masa hadapan yang kita dambakan?
Hari ini menjelajah satu KL (boleh-lah dikatakan begitu!) untuk mencari tempat berbuka puasa (program ofis) yang sesuai dekat area KL. Tak sangka banyak betul kriteria yang perlu dititik beratkan sebelum memilih sesuatu tempat yang berbaloi. Seperti...Lokasi, Kawasan tempat meletak kenderaan, Harga, Makanan (paling penting nih!) dan sebagainya. Maklum-lah setiap orang ada citarasanya sendiri, ada penyesuaian masing-masing. Merentasi ruang jalan raya dan lorong-lorong kecil di daerah kecil bernama Kuala Lumpur ditengah-tengah kesesakan lalu-lintas yang menjadi rutin KL memang memerlukan rasa hati yang sedikit lebih dari kesabaran. Mujur puasa memungkinkan segala 'ayat-ayat sumbang' dari menghambur keluar setiap kali ada 'kejutan' dari kenderaan yang berasak-asak. Cakap sahaja Jalan Sultan Ismail, Kampung Baru, Tunku Abdul Rahman, Chow Kit terbayang-bayang tahap kesesakan yang disebabkan oleh rakyat dan bukan rakyat Malaysia, ditambah-tambah pulak dengan kemeriahan membeli belah menjelang Hari Raya Aidilfitri, memang menyesakkan ruang pandangan. Aha!

0 catatan:
Catat Ulasan