Jumaat, 18 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri (betul punya wish ni)

Selamat Hari Raya Aidilfitri semuaaa.....
(Kak Serry, Ct Cucubi, Susie, Boolan, Mel, Munie Asra....)
Maaf Zahir Batin.


Raya Aidilfitri Cik Cucubi memakai baju kurung
Baju kurung dipakai berwarna hitam
Hari ini hari raya jangan bermurung
Jom pergi beraya sampai pitam

Langit cerah cahaya terik
Adik berbaju melayu macho bergaya
Kalau ada terumpat, terkeji, terpekik
Mohon diampun, di hari raya

Malam raya rumah bercahaya berseri-seri
Cik Cucubi kat tangga asyik bertelefon
Selamat Hari Raya Aidilfitri Cik Cucubi
Maaf Zahir Batin aku pohon



p/s: ct, sori aku tak bagi duit raya. bagi pantun raya kat ko jelah.
selamat hari raya ct, aku minta kasi kosong-kosong ar.

1 catatan:

Tanpa Nama berkata...

eh

Catat Ulasan

Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.