Rabu, 30 September 2009

Yay!

0 catatan
Yay! Banyaknya kerjaaaa......Tolongg....

Jumaat, 18 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri (betul punya wish ni)

1 catatan
Selamat Hari Raya Aidilfitri semuaaa.....
(Kak Serry, Ct Cucubi, Susie, Boolan, Mel, Munie Asra....)
Maaf Zahir Batin.


Raya Aidilfitri Cik Cucubi memakai baju kurung
Baju kurung dipakai berwarna hitam
Hari ini hari raya jangan bermurung
Jom pergi beraya sampai pitam

Langit cerah cahaya terik
Adik berbaju melayu macho bergaya
Kalau ada terumpat, terkeji, terpekik
Mohon diampun, di hari raya

Malam raya rumah bercahaya berseri-seri
Cik Cucubi kat tangga asyik bertelefon
Selamat Hari Raya Aidilfitri Cik Cucubi
Maaf Zahir Batin aku pohon



p/s: ct, sori aku tak bagi duit raya. bagi pantun raya kat ko jelah.
selamat hari raya ct, aku minta kasi kosong-kosong ar.

Selasa, 15 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1

0 catatan
Thee...tiga hari lagi (kerja) dan secara tidak rasminya ada empat hari sahaja lagi menjelang hari raya. Lagu-lagu raya pun dah kerap berkumandang dicorong-corong pembesar suara dan radio kan? Sah-sah ler raya semakin hampir. Cuba jenguk kedai jual biskot raya, semua dah turun harga, baju raya dan segala aksesori raya (termasuk jugak yang bukan aksesori raya) turun diskaun beramai-ramai. Dashyat kan raya kat Malaysia? Tapi ape pun, bersyukur sangat dapat beraya dekat Malaysia. Aman dan harmoni.

So, buat kenkawan....Selamat Hari Raya Aidilfitri...


p/s: Hari ni reramai sejabatan berbuka kat Vistana. Hapi nyer! (^+^)"

Jumaat, 11 September 2009

Salam Ramadan 2

0 catatan
Yeh, yeh...Lapan hari lagi nak RAYA! Eye...Hari Raya!

(Walau puasa aku tak cukup satu bulan, tapi aku tetap nak raya sakan. Macam budak-budak kan?)




oke buat permulaan...nak ucap salam ramadan dulu...esok-esok baru ucap selamat hari raya ye?

p/s: CT, selamat berpuasa! jangan tak pose. Tinggal lapan hari je nie.

Rabu, 9 September 2009

Sembilan-Sembilan-Kosong-Sembilan

0 catatan
09.09.09

Apa ada pada angka? Dan sejauh mana angka akan membawa kita menuju ke masa hadapan yang kita dambakan?

Tolak ketepi (seperti menolak kasut busuk anda!) dahulu cerita pasal 09.09.09. (walaupun dalam hati teruja sungguh nak melaporkan kisah angka tersebut). Ni ada satu entri menarik (bagi aku-lah) nak ditulis.
Tajuk: Penjelajahan Mustahil ke Jalan/Lorong/Kawasan paling Sesak di Kuala Lumpur.
Masa : 1.00 hingga 2.00 tengahari

Hari ini menjelajah satu KL (boleh-lah dikatakan begitu!) untuk mencari tempat berbuka puasa (program ofis) yang sesuai dekat area KL. Tak sangka banyak betul kriteria yang perlu dititik beratkan sebelum memilih sesuatu tempat yang berbaloi. Seperti...Lokasi, Kawasan tempat meletak kenderaan, Harga, Makanan (paling penting nih!) dan sebagainya. Maklum-lah setiap orang ada citarasanya sendiri, ada penyesuaian masing-masing. Merentasi ruang jalan raya dan lorong-lorong kecil di daerah kecil bernama Kuala Lumpur ditengah-tengah kesesakan lalu-lintas yang menjadi rutin KL memang memerlukan rasa hati yang sedikit lebih dari kesabaran. Mujur puasa memungkinkan segala 'ayat-ayat sumbang' dari menghambur keluar setiap kali ada 'kejutan' dari kenderaan yang berasak-asak. Cakap sahaja Jalan Sultan Ismail, Kampung Baru, Tunku Abdul Rahman, Chow Kit terbayang-bayang tahap kesesakan yang disebabkan oleh rakyat dan bukan rakyat Malaysia, ditambah-tambah pulak dengan kemeriahan membeli belah menjelang Hari Raya Aidilfitri, memang menyesakkan ruang pandangan. Aha!

Walaubagaimanapun penat (dan hampir-hampir tertidur di tempat duduk belakang-pemandu) kitaorang berjaya juga meredah. Keputusannya ada tiga tempat yang berpotensi untuk dijadikan tempat segerombolan manusia untuk berbuka puasa. Sekurang-kurangnya pengembaraan menjelajah tempat/jalan paling havoc dekat KL telah selesai. Ada keberhasilan nampaknya.
Mission Completed! Yay!



Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.