Isnin, 15 Jun 2009

The good ol' day

Funny...

Sometimes, aku fikir alangkah baiknya kalau kita berada pada ol' day. Mungkin masa tu, kita akan bertanyakan khabar melalui pena, melakar helaian kertas dengan pena dipenuhi wangian semerbak. Kita akan menulis berhelai-helai, mungkin mencecah enam helai, dihiasi kata-kata yang romantik. Banyaknya cerita kita. Sampai perihal kambing Pak Abu laripun akan kau khabarkan. Tak logik langsung. Tapi entah kenapa aku boleh tertawa. Aku boleh suka. Mungkin saat itu, aku akan jadi juara penanti paling setia abang posmen. Aku akan jadi orang yang paling rajin periksa peti pos warna merah, sebab isinya bukan sahaja surat bank, bil mahupun penuh dengan iklan menjana pendapatan atau peminjam berlesen. Tapi ada surat cinta. Dan waktu tu, cerita kita lebih ikhlas tanpa klise dan stereotype.

Ahaks....

Atau kalau kita punya bajet lebih, kita akan berkomunikasi melalui telefon awam (warna oren/hitam). Masa tu, nyamuk pun akan mengalah. Kulit kita akan menjadi terlalu kebal semata-mata kerna bergayut. Aku akan menanti panggilan dengan penuh debaran. Kadang-kadang bila ayah tak tidur lagi, kalau telefon berdering, aku akan kata "Salah nombor, yah." Aku dan adik mungkin terpaksa membuat jadual waktu untuk bergayut. Mungkin adik akan menjeling-jeling dan mengherot-benyotkan muka bila kita bergayut lebih dari dua jam. Masa tu, sepuluh minit bergayut baru tiga-puluh-sen.

Mungkin kita akan berjumpa senyap-senyap sebulan sekali dengan membawa bersama adik-beradik sebab nak cover line. Mungkin kita tak akan dapat bersembang sambil minum di kedai kopi sebab bajet cukup-cukup nak belanja adik-adik makan aiskrim dan beli belon. Mungkin kita hanya akan dapat bersapa dan bertanya khabar.

Tapi anehnya, aku dapat merasakan mungkin kita akan lebih gembira dari hari ini. Mungkin kalau begitu kita akan lebih mesra dalam erti kata sebenar. Mungkin aku akan lebih memahami diri mu.

1 catatan:

ct cucubi berkata...

hehehhehe... nanti aku pinjam kan pintu doraemon k... ye.. setiap zaman ada pro dan kontra... tapi kalau aku di zaman dulu.. aku x dapat chat dengan bf aku hari2 la...huhuhuhu...

Catat Ulasan

Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.