Jumaat, 19 Jun 2009

(Tidak Bertajuk)

Hari ini aku rasakan amat panjang seperti selalu, dan pohon-pohon yang melambai ditiup angin juga sepertinya sudah terbiasa dengan keadaan sebegini. Tidak tenang tapi nyaman. Kehangatan mentari menerjah masuk melalui tompok-tompok polos kosong rimbunan daun pokok manggis. Aku yang duduk berteleku di atas pangkin, ligat memandang jalan kampung yang berdebu, sekali-sekala menghalau nyamuk-nyamuk betina yang giat menjalankan usaha menghisap darah. ‘Ahh…apa lah, nyamuk ni, kacau betul.’ Aku mengomel kecil. Aku meneruskan perbuatan berteleku sehingga matahari mulai pudar teriknya.

‘Hmm…’ Desiran angin semakin menyenangkan, sejuk dan membawa bauan tanah basah. Petang ini pasti hujan lebat. Jalan depan rumah akan becak, dan aku pula terpaksa mencuci tangga yang berlumpur. Adik-adik semakin galak bermain kejar-kejar, baju mereka sudah ditanggalkan, peluh membasahi dan mulai mengalir bercampur dengan tanah dan debu yang melekit ditubuh. ‘Ahh…awas lah semua. Biar dulu kamu bermain sepuas hati. Malam nanti aku tahu lah apa nak buat dengan kamu.’ Aku terus mengawasi setiap gerak permainan mereka, sampai mentari terbenam, sehingga bilal Masjid Nurul Hidayah mengalunkan azan maghrib. Mendengar laungan itu, baru lah aku dan adik-adik meninggalkan keasyikan masing-masing, bergegas naik ke rumah.

0 catatan:

Catat Ulasan

Selamat Berpuasa. Bulan Ramadhan, jom kita menambah amal-kebajikan kita.