Namaku E-Ming. Gelaran yang diberikan oleh tuan aku, Marina. Aku suka nama itu, nama yang simple dan mudah. Aku tidak tahu aku berasal dari daerah mana di Kuala Lumpur ini, yang aku ingat aku diselamatkan oleh Marina. Dia seorang yang baik hati, caring, bijak, cantik, ceria. Setiap hari, dia akan membelai dan bercerita mengenai kehidupan sehariannya dengan aku. Akulah tempat dia meluahkan rasa hati dan meminta pendapat. Ada kalanya, aku mengiau atau memberikan ekspresi muka menandakan aku memahami kesulitannya. Aku ingin menjadi teman paling setia Marina, dan aku berjanji akan selalu mendampingi dia.
Setahun lepas, aku telah dilanggar oleh sebuah motorsikal sewaktu sedang merayau mencari makanan dihadapan sebuah restoran mamak. Tidak berperikemanusiaan sungguh penunggang motorsikal itu. Setelah dia melanggar aku, sanggup pula, membiarkan aku dalam nafas yang semakin perlahan turun dan naik menanti ajal menjemput. Marinalah yang dengan rasa penuh kasihan berlari-lari mendapatkan aku, mendukung aku dan bersegera membawa aku ke Jameelah Pets Clinic. Dia memang seorang yang berhati mulia.
Jameelah Pets Clinic ini dimiliki oleh Dr. Jameelah Hussien. (Dr. Jameelah, merupakan best friend Marina). Aku suka Dr. Jameelah. Cantik dan manis orangnya. Dia sangat penyayang dengan haiwan. Bukan aku sahaja, setiap kali aku dibawa ke klinik beliau oleh Marina, aku melihat banyak haiwan lain yang turut berasa gembira dengan layanan beliau. Beliau membela seekor tikus 'hanster' (bunyinya lebih kurang macam tu-lah) warnanya bertompok coklat-oren dan putih. Namanya Joey, nama macam tikus betina-kan? Tapi sebenarnya dia ini seekor tikus jantan yang sangat becok dan murai. Ada sahaja perkara yang dia tanyakan dan kecohkan setiap kali aku menerima rawatan di klinik Dr. Jameelah. Dia seperti katak yang 'annoying' tu, bingit!
(sambung Part 2)
(sambung Part 2)

0 catatan:
Catat Ulasan