Yup...UNESCO telah mengistiharkan tanggal 23hb April (hari ini) setiap tahun sebagai sambutan Hari Buku Sedunia dan Hakcipta dengan harapan untuk mempromosi aktiviti membaca, penerbitan dan melindungi hak intelek melalui hakcipta terpelihara ©, kepada penduduk dunia.
Salah satu pencapaian terhebat UNESCO dalam division Culture ialah dengan memperkenalkan logo © (Copyrights) sebagai simbol universal bersempena Universal Copyrights Conference anjuran UNESCO pada 1952 (Geneva) dan semakan pada 1971 (Paris).
Terdapat juga pertubuhan seperti World Intellectual Property Organization (WIPO) sebagai agensi yang dipertanggungjawab oleh UN untuk membangun dan memperbaiki sistem Intellectual Property (IP) sedunia. Di Malaysia bagi perkara berkaitan IP nie boleh log ke laman web MyIPO untuk sebarang keterangan dan maklumat.
Bersempena dengan itu juga, KL Book Fair 2009, berlangsung dari 17 April sehingga 26 April 2009 di PWTC. Pelbagai aktiviti dan bahan buku/bahan berasaskan ilmiah dan bukan ilmiah boleh didapati di pesta buku ini. Buku ditawarkan dengan diskaun yang pelbagai, dan kalau hendak mudah...datang dengan menaiki pengangkutan awam (digalakkan), bas, teksi, star LRT atau Monorail (jauh sedikit) bagi mengelakkan perebutan tempat meletak kenderaan. Waktu pameran mulai pukul 10 pagi sehingga 8 malam (Isn-Kha) dan 10 pagi - 9 malam (Jum - Ahd).
Fakta: Rakyat Malaysia (purata) hanya membaca 7 helai mukasurat sahaja sehari dengan purata lebih kurang 3 jam diperuntukan setiap hari. Kalau begitu cuma membaca dalam 4-5 buah buku setahun. Tapi jarang sekali kita lihat ada senario membaca semasa menunggu, berada dalam bas/lrt/komuter kat negara kita kan? Senario yang sangat berbeza dengan negara luar (US, UK, Japan). Um...maybe pengangkutan awam kita too crowded kot (ala-ala sardin). Jangankan nak baca buku, nak berpaut kat tiang pun tak dapat. Huh...

0 catatan:
Catat Ulasan