
Akhirnya, berkesempatan juga saya menonton movie 'Slumdog Millionaire' yang diwar-warkan hebat itu. Bagi saya, cerita dia simple sahaja, tetapi tidaklah begitu plain dan yang menariknya walaupun tanpa skor tarian yang padat, dan lagu yang bertalu-talu, filem ini kelihatan begitu 'amazing' sekali.
.
.
Watak kanak-kanak dalam filem ini nampak mengesankan, dan sekali sekala mengharukan (filem Hindi haruslah sedih). Ada elemen sejarah dan tragedi dan ada juga elemen komedi yang spontan (teringat masa Jamal terjun ikut lubang jamban). Sama ada betul atau tidak mengenai kewujudan 'Slumdog', adalah tidak menghairankan jika gambaran kehidupan melalui filem tersebut (terutama Mumbai) sangat real. Bahkan, kita sedia maklum akan kewujudan sindiket samseng, peminta sedekah, pelacuran atau penjualan organ yang berleluasa.
Filem ini menggambarkan watak-wataknya sebagai insan yang mencari makna melalui cara dan definasi mereka sendiri. Ada yang melihat wang sebagai jalan keluar yang paling afdal, ada yang sanggup mati demi wang dan ada yang menjadikan wang sebagai batu loncatan mendapatkan keinginan. (Di manakah watak kita di antaranya?)
Cinta digambarkan begitu kuat (seperti juga dalam filem Hindi yang lain), sampai sanggup menanti dan mencari. Kisah cinta(?) Jamal dan Latika harus berakhir dengan 'happy ending', walau dihujung-hujung cerita ada insiden yang menyebabkan Salim 'pergi'. Bagi saya, Salim merupakan watak yang paling rasional, biar ada ketikanya, laku-gayanya sangat menyakitkan hati. Tapi dia realistik dalam membuat pertimbangan. Kalau ditakdirkan salah seorang dari mereka (Jamal atau Salim) harus mati...biarlah orang itu Salim. Dia memastikan kebahagiaan buat Jamal & Latika dengan membawa Javed bersama ke 'lubang kubur'. Dia tidak meninggalkan Jamal untuk diburu oleh Javed. Dia menanggung-jawab atas kesalahan yang dia lakukan, itupun atas nama kehidupan.
Satu lagi komen, skor muzik untuk filem ini sangat 'excellent' dan 'boombastic' (well, its AR Rahman after all). Good Job for the Slumdog Millionaire staffs, actors and krews.

0 catatan:
Catat Ulasan