Isnin, 2 November 2009
Aku Pun Manusia
0 catatanAku masih seorang manusia, dimana nyawa dan rohku adalah Haq-Nya. Kau, kamu dan mereka, apa kehebatan dan kebanggan yang kamu ada sampaikan bisa kamu menjijik dan mencela? Cuba lihat lahirmu, zahirmu dan barangkali kalau bisa melihatkan matimu, beza kah antara kedatangan dan kepergian mu? Seputih bersih hati-mu saat itu, bisakah kau bawa hingga ke akhirnya. Kita cuma manusia dan insan yang berharap agar sentiasa dipayungi sejahtera, dilimpahkan kurnia dan diberikan kebaikan, tapi kita selalu lalai. Adakah Allah SWT membuang kita jauh dari-Nya pada hari kita alpa? Tidak bukan?, malah memberi petunjuk supaya kita menebar kebaikan, meluaskan amal-kebajikan. Pun begitu masih lagi kita berkira-kira untuk bersederhana.
Ahh....Manusia itu pada hakikatnya memang begitu. Tidak pernah puas.
Dari Pinggiran Kota Kuala Lumpur
Isnin, 26 Oktober 2009
Take-off
0 catatanThis is the reason why i'm being silent for the rest of 10 days before.
I'm take off to Tawau for 10 days.
Cuti rehat & Cuti raya. Sorry lupa nak inform. Too busy handling very the very 'important' task.
So, bila nak jumpa? Bulan syawal dah berlalu. Depavali pun sama jugak.
But, I understand...kitakan busy people, yang busy. Hahaaaahhaaaa....
Khamis, 8 Oktober 2009
Pagi-pagi lagi
0 catatanBiar masih tidak rela, aku bingkas menekan punat ON untuk menghidupkan komputer DELL di atas meja, menanti sistem operasi berfungsi sepenuhnya, sambil menghenyakan punggung dikerusi berwarna kuning/hitam. Mengeluarkan 'external hard-disk' milik aku yang penuh dengan sofcopy pelbagai bahan. USB hard disk aku padankan di USB pada CPU bahagian hadapan komputer. Windows nampaknya telah berfungsi, ada tiga ID yang terpapar, aku memilih user, memasukan katalaluan, menanti sekali lagi sistem untuk berfungsi mengikut pilihan sebentar tadi. Wallpaper idola Pop-Japan 'Ayumi Hamasaki' menerjah dahulu, diikuti ikon komputer yang lain. Remote aircond aku capai, menghidupkan aircond yang duduk letaknya dikanan aku dimana sela udaranya mencapai kepada aku tanpa ada apa-apa yang menghalang. 'Sejuukk...'
Mula-mula aku membongkar folder 'Song, Song and Song' mecari mp3 yang sesuai dimainkan pagi ini. Lagu duet 'Come Home' nyanyian One Republic dan Sara Bareilles aku pilih. Kelunakan suara kedua-dua penyanyi ini menyerlahkan pagi yang dingin tambahan pula lirik yang mengasyikan. Hampir setiap kali mendengar lagu ini, teringat video drama GossipGirl:Serena and Dan (siri adaptasi dari novel dengan tajuk GossipGirl) di YouTube yang berlatarkan lagu ini. 'Ahahaaa....jiwang karat!'
'Oke...First thing first.'
Klik ikon Mozilla Firefox. Homepage Yahoo terpapar. Pilih Yahoo mail. Masukan ID dan katalaluan. Check e-mail. Klik lagi ikon Mozilla sekali, homepage Yahoo automatis terpapar. Menaip 'kata kunci' e-mail syarikat. Check e-mail syarikat. 'Ah, dua-dua tidak punya mel yang penting. Semuanya yang biasa-biasa sahaja.' Sepuluh minit aku mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa. Jam baru ku beli yang tersarung ditangan kiri aku pandang. Pukul 7.35 minit pagi. Masih ada 25 minit sebelum syif kerja bermula. Aku menarik buku hardcover berwarna coklat tanah bertajuk 'Select Editions Reader's Digest' keluar dari beg sandang. Jangan tanya volum atau edisi ke berapa itu aku tidak pasti. Kelmarin sudah menghabisi cerita karangan Ken Follet iaitu 'Hornet Flight', cerita yang diilhamkan dari kisah benar mengenai dua orang juruterbang bangsa 'Danish' yang melarikan diri dari kekuasaan German di Denmark tahun 1941. Follet memang terkenal dengan cerita war-history-fiction. Hari ini niat memulakan pembacaan Year of Wonders tulisan Gerarldine Brooks. Setelah membaca 20 mukasurat, rasanya saya akan masuk ke dalam dunia cerita ini. Mengambil set tahun 1666, ini merupakan kisah watak utama Anna Frith dan perjalanan hidup watak-watak lain (sampingan) beliau.
'Ah, sudah pukul 8:00 pagi rupanya.' Aku mematikan niat membaca, menutup buku tanpa mengingat mukasurat ataupun titik berhenti.
'Sudah sampai waktu untuk memulai kerja.' Seperti semalam, aku bermula lagi. Memulakan pada titik berhenti yang tertangguh.
'Kerja, kerja, kerja, memang hidup untuk kerja, barang-kali?!'
Rabu, 30 September 2009
Jumaat, 18 September 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri (betul punya wish ni)
1 catatan(Kak Serry, Ct Cucubi, Susie, Boolan, Mel, Munie Asra....)
Maaf Zahir Batin.
Raya Aidilfitri Cik Cucubi memakai baju kurung
Baju kurung dipakai berwarna hitam
Hari ini hari raya jangan bermurung
Jom pergi beraya sampai pitam
Langit cerah cahaya terik
Adik berbaju melayu macho bergaya
Kalau ada terumpat, terkeji, terpekik
Mohon diampun, di hari raya
Malam raya rumah bercahaya berseri-seri
Cik Cucubi kat tangga asyik bertelefon
Selamat Hari Raya Aidilfitri Cik Cucubi
Maaf Zahir Batin aku pohon
p/s: ct, sori aku tak bagi duit raya. bagi pantun raya kat ko jelah.
selamat hari raya ct, aku minta kasi kosong-kosong ar.
Selasa, 15 September 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1
0 catatanSo, buat kenkawan....Selamat Hari Raya Aidilfitri...

p/s: Hari ni reramai sejabatan berbuka kat Vistana. Hapi nyer! (^+^)"
Jumaat, 11 September 2009
Salam Ramadan 2
0 catatan(Walau puasa aku tak cukup satu bulan, tapi aku tetap nak raya sakan. Macam budak-budak kan?)

oke buat permulaan...nak ucap salam ramadan dulu...esok-esok baru ucap selamat hari raya ye?
p/s: CT, selamat berpuasa! jangan tak pose. Tinggal lapan hari je nie.
Rabu, 9 September 2009
Sembilan-Sembilan-Kosong-Sembilan
0 catatanApa ada pada angka? Dan sejauh mana angka akan membawa kita menuju ke masa hadapan yang kita dambakan?
Hari ini menjelajah satu KL (boleh-lah dikatakan begitu!) untuk mencari tempat berbuka puasa (program ofis) yang sesuai dekat area KL. Tak sangka banyak betul kriteria yang perlu dititik beratkan sebelum memilih sesuatu tempat yang berbaloi. Seperti...Lokasi, Kawasan tempat meletak kenderaan, Harga, Makanan (paling penting nih!) dan sebagainya. Maklum-lah setiap orang ada citarasanya sendiri, ada penyesuaian masing-masing. Merentasi ruang jalan raya dan lorong-lorong kecil di daerah kecil bernama Kuala Lumpur ditengah-tengah kesesakan lalu-lintas yang menjadi rutin KL memang memerlukan rasa hati yang sedikit lebih dari kesabaran. Mujur puasa memungkinkan segala 'ayat-ayat sumbang' dari menghambur keluar setiap kali ada 'kejutan' dari kenderaan yang berasak-asak. Cakap sahaja Jalan Sultan Ismail, Kampung Baru, Tunku Abdul Rahman, Chow Kit terbayang-bayang tahap kesesakan yang disebabkan oleh rakyat dan bukan rakyat Malaysia, ditambah-tambah pulak dengan kemeriahan membeli belah menjelang Hari Raya Aidilfitri, memang menyesakkan ruang pandangan. Aha!
Jumaat, 28 Ogos 2009
31 Ogos: Macam Biasa...
0 catatanMalam merdeka selalu memang best, duduk rumah tengok TV sambil tunggu bunga api memercik-mercik kat angkasa-raya. Perghhh! Syiok! (nampaknya - ramadhan tahun ni, orang kat Malaysia main bunga api secara besar-besaran. Ahaks...). Best woo...Tapi tahun ni, takde perbarisan macam tahun2 yang lepas, baru cadang nak tengok perbarisan Hari Kebangsaan dari kaca TV 14 inci aku tu. Iskh...kurang hebat rasanya 31 Ogos tanpa perbarisan & kereta berhias. Sebab kereta berhias akan buat aku ternganga-nganga depan TV tatkala menonton rancangan siaran langsung (tersebut).
Takpe-lah, takde perbarisan bukan bermakna semangat 31 Ogos hilang, yang penting hati dan jiwa kita sangat bangga dan sayang Malaysia.
p/s: 52 tahun. Terus melakar sejarah, dan meneroka dunia. Malaysia. Isk...memang best! (macam motto kompeni jual ubat lah pulak). MALAYSIA, my Malaysia. Luv and Peace!
Isnin, 24 Ogos 2009
Salam Ramadhan
0 catatanUcapan ini ditujukan kepada...
Mummy, Bapak, famili, cikgu-cikgi dan rakan taulan (yang diingati selalu, Yes! I do remember u all), hadirin dan hadirat (ahaks...)
Insyallah, tahun ini kita akan berpuasa penuh (bagi yang tak terpuasa penuh tu, redha je-lah!). Masuk jer bulan puasa macam-macam perkara dah terbayang-bayang. Mula dengan baca doa berpuasa sebulan (in-case terlupa baca), lepas tu kena bangun pagi...sahur - mesti bangun, masak & makan, waktu puasa (16 jam) - bohong-lah kalau aku tak lapar, petang sikit pikir nak berbuka apa, malam (kalau rajin) pegi tarawikh (kalau tak?), ehem...ehem...(sendiri maw ingat-lah)
Yang terbayang-bayang....
1- First Syawal - Hari Raya Aidilfitri (tapi tahun ni tak balik! (-_-'')
2- Baju raya - (yang ni mak aku dah jahitkan. Thanx. Luv U)
3- Duit raya - Bajet ada berapa ek? Nak bagi berapa ek? Uhukkk....
4- dan lain-lain (merewang-rewang dengan geng2 budak skola, reunion, dsb)
Oh...bestnya ramadhan....dan lebih membestkan ialah Hari Raya....
(bila nak raya nie??? Cepat-lah raya?)
p/s: Buat...Ct Cucubi - promise is promise. Bila nak merewang nie? Kak sherry - taun nie, tak yah pikir2 bila, ari apa nak balik raya. Dah memang kat kampung kan? Korang jangan tak poseeee....Mesti maw puasaa arrr...
Khamis, 20 Ogos 2009
Sekadar Ucapan
0 catatanMungkin tidak terlalu awal, kalau nak ucap 'Selamat Berpuasa' semoga semuanya mendapat rahmat yang berlipat kali ganda.
Wassalam.
Khamis, 13 Ogos 2009
Singkatnya perjalanan: First Time
0 catatanThis train will take you about 28 minutes from KLIA to KL-Sentral Station. (perjalanan balik)
The other passangers: Miss Adidas and Mr. Bulky from German. 'Sehr erfreut Sie kennen zu lernen. Adeh... Patah lidah aku!!!
Si kembar yang menemani aku sepanjang di JB. Miss Cute and Miss Comel.Ruang penyimpanan. 'Very- da - very - ' '-big?!'
Safety First, kengkawan!!Fire Distinguisher pun ada.The mega - MIDvalley MEGAmall
Oops, dah sampai Bangsar road, bangunan UOA berdiri megah.
Masa ni-lah announcement 'The next station is KL Sentral....bla...bla....bla...'
Begitu-lah! dan aku pun menamatkan perjalan selama 28 minit itu dengan penuh kesukaan yang melampau. Sungguh! Jikalau tidak mengenangkan harga tiket yang bisa memuaskan nafsu enjin kereta aku selama seminggu, aku pasti menjadi penumpang tetap.
Khamis, 30 Julai 2009
Tulis, Tweet & Twitter
0 catatanSelasa, 21 Julai 2009
Latino Lingo (^+^) Te Quiero
0 catatanBenda yang seronok untuk dibuat ialah...belajar bahasa Latinnn....yeah...Hola? Como estas? Tu?
Ari ni nak belajar cara2 ‘mengexecusekan’ diri.
Disculpe. (Maafkan saya (minta izin)/ Excuse me.
Lo siento? (Maafkan saya)
¿Perdone? (Maaf)
Minta tolong? Minta tanya?
Dónde (Dimana)
Dónde está el correo? (Dimanakah pejabat pos?)
Qué (Apa itu/Mengapa/Kenapa)
¿Qué es esto? (Apakah itu?)
Cómo (Bagaimana/Macamana)
¿Cómo se dice ‘I love you’ en espanyõl? (Macamana nak cakap ‘I Love You’ dalam bahasa sepanyol?)
Te quiero. (I Love You).
Hisyh...cam best jer cakap Te quiero tu dengan Mr. N, hahahaaaa.........kalau lah semudah itu. Aduh! Tuhan tabahkan hati....hahaha...(Mengarut jer!)
Selasa, 14 Julai 2009
10 Spesis Pemandu yang Paling Membencikan...
0 catatan1. Pemandu yang tak sedar diri?
Spesis ni, selalunya akan membawa kereta mereka untuk mendominasi lorong paling kanan sekali, laju konon. Tapi yang aku tak paham tu, bila jer ada minah/pakcik high beam kereta dia, soh dok tepi sikit, dia buat muka, panas hati. Ego tak menentu, lepas tu sibuk nak kejar balik, padahal minah/pakcik tu takder pepa pown. Membuatkan aku bertambah-tambah keheranan tu, kereta minah/pakcik tu jenama BMW, dia pulak kereta jenis “engine below 1600cc” jer, ada hati pulak nak challenge. Bodoh tak bodoh tu?
2. Pemandu yang hilang arah?
Punggung bercacing agaknya. Ini lagi satu spesis, kalau dah tahu tak tahu nak duduk kiri, kanan atau tengah, apa kata beli jer GPS? Mahal? Oke, beli jer peta. Tak lah sesat memanjang. Sepanjang Federal Highway dari Shah Alam ke Kuala Lumpur tu asyik tukar lorong jer kerja.Ko nak pergi mana sebenarnya nie? Kalau orang tak bagi masuk laluan, ko main redah jer, bila orang hon…ko rasa menyampah semacam. Kalau lah aku yang hon tu, yang terkeluar dari mulut aku bukan takat sampah, chicken shit, cow dung, siol, setan, makcik setan… semua ada.
3. Pemandu yang cemas?
Nak terberak ke? Iyo lah tu…Cemas lah sangat. Lorong kecemasan kat sebelah kiri tu bukan disengaja adakan untuk anda memotong dari sebelah kiri. Sekolah memandu dulu lupa ajar eh? Atau masa tu kau skip kelas? Itu untuk kecemasan dan kegunaan pada masa-masa jammed melampau (diulangi jammed melampau). Bukan untuk menunjukkan bertapa terrernya dan ganasnya anda sampaikan begitu berani memandu laju dan memotong dari lorong itu. Ko boleh tak belajar sabar sikit, ko boleh tak respect orang lain dengan tidak memotong turn. Kalau kau nak terberak (tandas awam), baik punya kau Q, lepas tu tetiba pulak ada orang lain dapat masuk dulu. Ko tak hangin ke? Maunya kau berak depan pintu time tu jugak, sakit hati punya pasal. Betul tak?
4. Pemandu yang berlagak?
Hoh. Tau lah kereta tu auto transmission, bukan macam aku punya, manual. Tapi boleh tak…boleh tak jangan menekan brek selang 5 saat? Aku tau kereta kau tu mahal dari punyaku. Tapi, ples…kau kena lah consider dengan orang lain kat belakang. Terkial-kial tekan cluth. Penat tau. Ngko ingat dekat Malaysia ni kau seorang jer ke yang mampu beli kereta auto. Hye..helo? Kereta Datuk Siti pun auto, oke?
5. Pemandu yang buta huruf?
Ko rasa patut tak kau high beam atau hon kereta seseorang yang sedang membawa family bersiar-siar dalam kereta (sedang melalui Federal Highway) dalam pace 60 km/j dilaluan paling kiri sekali, sebab kau rasa kereta itu tidak cukup laju? Kau bonggok ke hapa? Dah had laju kat situ 80km/j by rights kalau kau nak laju sangat duduk lah lorong paling kanan sekali. Pehal pulak sibuk nak high beam segala. (Oooo…aku taw kereta kau kategori bawah 1000cc!)…Keh, keh!
Isnin, 13 Julai 2009
Latino Lingo (^+^)
0 catatanDemi nak menambahkan kemahiran berbahasa. Aku nak belajar greetings bahasa sepanyol. Entri ini aku namakan…Latino Lingo (Sepanyol). Sebab aku fikir penggunaan bahasa latin ni agak meluas kat dunia, dan paling penting banyak soap opera latin yang bermaharajalela kat kaca TV, senanglah aku nak faham dialog soap opera tersebut.
Oke, mula belajar dengan greetings & farewells.
Greetings:
Hola (Hi/Helo)
Buenos dias. (Selamat pagi)
Buenos tardes. (Selamat tengahari)
How are you?
¿Cómo está? (Apa khabar?) or ¿Cómo estás? (informal)
¿Qué tal? (Bagaimana keadaan awak?)
Muy bien, gracias. (Khabar baik, terima kasih)
Mas o menós. (OK) cakap jer (OK).
Bastante bien. (Boleh tahan/ Oklah kot)
Estoy bien. (Saya sihat)
¿Y usted? (Dan anda?) or ¿Y tu? (informal)
Farewells:
Hasta luego. (Selamat tinggal)
Adiós. (Bye)
Nos vemos. (Jumpa lagi)
Bueno, ya me tengo que ir. (Baiklah, saya terpaksa pergi sekarang/ Saya minta diri dahulu)
Buenas noches. (Selamat malam)- untuk ucapan perpisahan bukan good night.
Orang cakap, bahasa Latin ini boleh menyebabkan kita addicted. Betul ke? Hm…pendapat aku lah Yes, it is. Sangat-sangat mengasyikkan. Terasa getik lah pulak. Ahahahaha…..
Rabu, 1 Julai 2009
Menstalker dan Jadi Penstalker belog-blog
0 catatanSangat mustahak...jangan menstalker belog orang dan pada waktu yang sama mengcondemn belog orang lain. Walaupun dengan niat yang baik tetapi tidak jelas pernyataannya. Itu akan mengakibatkan pengecasan bateri yang membawa pada kenaikan suhu badan melampau dan darah yang sampai kat kepala akan menjadi panas, mendidih dengan serta merta. Selalunya akan end-up dengan perperangan sesama belog. Pepehal pown, aku nak menstalker blog orang ni, so nak setop di sini dulu. Tot.
Selasa, 30 Jun 2009
(I want) Back to School
1 catatanHoh...kerja lagi, malas nak pikir. Bila aku dengar, baca dan lihat semua bizi nak naik school (I mean kolej) balik, muka aku dah cam ‘muka colok’. Seeydeeh, loor. (sambil memuncungkan mulut yang bisa menyakutkan hanger 13 biji/batang/buah?). Uwaaaa....Aku nak pegi school balik. Nak jadi student balik...emmm...turut berserta dengan duit elaun RM2K satu bulan boleh tak? Since nak bayar bil-bil yang melambak, aku rasa elaun RM2K tu dikira cam cukup-cukup makan je lah. (Ini semua sebab pengaruh rakan se`house` & adik aku lah nie, ditambah pulak kegemburan yang dicangkulkan oleh si Hanis Zalikha (sila surf belog HZ ni, sumandak yang multitalented & gorgeous). Pesal semua orang nak study? Pesal semua orang futher stadi? Pesal hah? Aku pown naak…naaakkkkk….jugak. Ooo UiTM di hatiku…aku rindowww…banget!
Tapi bila dipikir2 balik, tak nak lah school balik for the moment, coz nak settle beberapa perkara dulu. Bila dah settle benda rencam2 segala baru lah boleh wat post-grad. Huhu...post-grad tu, konon nak buat research course. Cehhh.....gila cam terer lah tu.
Tapi zaman belajar memang tak-kan dapat terlupakan. Memang banyak benda yang best dan ada jugaklah yang tak best. Tapi mostly best...best lah. Since, aku ni dari daerah lain kat Sabah, masa kat UiTM Menggatal, bila dah bercampur-aduk tu, banyak jugaklah words baru yang aku belajar. Bunyik banyak yang ganjil dan locok (lucu). Antara yang aku ingat ialah....’
o santut (seluar dalam) - sedap jer kalau menyebut, ada bunyi2 kentut. Huahua
o mihir (kotor) - Takde kena mengena dengan sihir ye.
o lidut (lambat gyler) - haha...cam siput...
o lugai-lugai (tak-tentu-hala) – merayau-rayau tanpa tujuan
o bahai (beg plastik) – ala plastic bag yang kita dapat masa beli barang tu
o kompek (beg plastic) – kata trans-alih dari BI> compact
o cincai (carca-marba) – tangkap muat/ asal buat
o limpang (baring) – more to berbaringan dengan sesuka hati.
o sikul (sekolah) – kata tras-alih dari BI> school.
o bubut (kejar) – mengikut dengan rapat/ berebut-rebut pown boleh gak-lah.
o palui (bodoh) – ummp…memang bodoh lah tu.
o sot (gila) – kata trans-alih dari BI> short, cam short circuit
o sigup (rokok) – menyigup > merokok
o ping (ais) – cam kalau nak minum milo ais (with milk) kan > milo nai ping…
o giuk (ulat) – aku prefer rujuk giuk nie ulat kat sampah tu (urm…ulat lalat tu)
Alamak...cam segment mari belajar bahasa Sabah-lah pulak....Dah alang-alang tu, boleh jugaklah aku perkenalkan new words (bukan lah baru padahal, memang slang yang guna kat negeri Sabah) to you all. Aku sekarang nak belajar sangat bahasa Sarawak...ada sesapa nak tolong tak? Ooo...ya Ct Cucubi boleh tolong kot??? Plessss....plessss.....
Jumaat, 19 Jun 2009
(Tidak Bertajuk)
0 catatan‘Hmm…’ Desiran angin semakin menyenangkan, sejuk dan membawa bauan tanah basah. Petang ini pasti hujan lebat. Jalan depan rumah akan becak, dan aku pula terpaksa mencuci tangga yang berlumpur. Adik-adik semakin galak bermain kejar-kejar, baju mereka sudah ditanggalkan, peluh membasahi dan mulai mengalir bercampur dengan tanah dan debu yang melekit ditubuh. ‘Ahh…awas lah semua. Biar dulu kamu bermain sepuas hati. Malam nanti aku tahu lah apa nak buat dengan kamu.’ Aku terus mengawasi setiap gerak permainan mereka, sampai mentari terbenam, sehingga bilal Masjid Nurul Hidayah mengalunkan azan maghrib. Mendengar laungan itu, baru lah aku dan adik-adik meninggalkan keasyikan masing-masing, bergegas naik ke rumah.
Khamis, 18 Jun 2009
Off-ice POlitic (Surat)
1 catatanApa korang semua tak penat ker bila tiap-tiap hari wat meeting pantri korang cakap story yang sama? Kutuk orang yang sama dan ungkit benda yang sama. Busuk lah korang nie. Macam lah korang tu tiga-ratus-kali lebih baik dari orang yang di kutuk. Macam lah korang tu kompem sangat masuk syurga dan dia masuk neraka. Apa lah.
Korang semua dah memang dah takder kerja sangat agaknya? Sebab tu boleh wat meeting pantri sampai satu jam. Tapi bila aku call tanya if korang busy ke tak...korang dengan begitu megah dan mendabik dada bagitaw korang teramat lah bizi melampau. Kadang aku rasa jawapan kamu itu tersangat lah tidak logik dan tidak boleh dijadikan jawapan.
Kalau aku minta korang buat kerja, jawapan stereotype yang satu ini jugak lah yang menjadi habuan gegendang telinga aku. "Eh, itu kerja Pegawai. Lagipun saya tak tahu macamana nak buat." Hoh...jawapan yang sangat menyakitkan hati aku. Macam lah aku dulu lepas zaman belajar dah tetiba pandai nak handle kerja. Kalau tak belajar cheq oi, mana nak taw. Kalau dah tak taw buat kerja tu, pandai-pandaikan lah diri untuk belajar. Bonus nak tiga-bulan-gaji, tapi kerja lebih sedikit tak nak. Korang pernah tak terfikir, layak kah korang tu semua dapat bonus? "Jadi, korang pikir lah sendiri!" (pinjam tag-line Nabil). En Nabil, maaf aku tak banyak duit nak bayar royalti. Huhu!)
Sekian dan terima kasih.
Pengomplen,
Aku Yang Bengang Hari Ini, MLIABM
Rabu, 17 Jun 2009
Move Your Little Self On
0 catatanwhen life tears you up, then you'll understand
it's never easy, but you'll know when you get there
as it tears you down, it builds you up
well, it built you up
Selasa, 16 Jun 2009
Tragedi, wtf.
0 catatanIsnin, 15 Jun 2009
The good ol' day
1 catatanSometimes, aku fikir alangkah baiknya kalau kita berada pada ol' day. Mungkin masa tu, kita akan bertanyakan khabar melalui pena, melakar helaian kertas dengan pena dipenuhi wangian semerbak. Kita akan menulis berhelai-helai, mungkin mencecah enam helai, dihiasi kata-kata yang romantik. Banyaknya cerita kita. Sampai perihal kambing Pak Abu laripun akan kau khabarkan. Tak logik langsung. Tapi entah kenapa aku boleh tertawa. Aku boleh suka. Mungkin saat itu, aku akan jadi juara penanti paling setia abang posmen. Aku akan jadi orang yang paling rajin periksa peti pos warna merah, sebab isinya bukan sahaja surat bank, bil mahupun penuh dengan iklan menjana pendapatan atau peminjam berlesen. Tapi ada surat cinta. Dan waktu tu, cerita kita lebih ikhlas tanpa klise dan stereotype.
Ahaks....
Atau kalau kita punya bajet lebih, kita akan berkomunikasi melalui telefon awam (warna oren/hitam). Masa tu, nyamuk pun akan mengalah. Kulit kita akan menjadi terlalu kebal semata-mata kerna bergayut. Aku akan menanti panggilan dengan penuh debaran. Kadang-kadang bila ayah tak tidur lagi, kalau telefon berdering, aku akan kata "Salah nombor, yah." Aku dan adik mungkin terpaksa membuat jadual waktu untuk bergayut. Mungkin adik akan menjeling-jeling dan mengherot-benyotkan muka bila kita bergayut lebih dari dua jam. Masa tu, sepuluh minit bergayut baru tiga-puluh-sen.
Mungkin kita akan berjumpa senyap-senyap sebulan sekali dengan membawa bersama adik-beradik sebab nak cover line. Mungkin kita tak akan dapat bersembang sambil minum di kedai kopi sebab bajet cukup-cukup nak belanja adik-adik makan aiskrim dan beli belon. Mungkin kita hanya akan dapat bersapa dan bertanya khabar.
Tapi anehnya, aku dapat merasakan mungkin kita akan lebih gembira dari hari ini. Mungkin kalau begitu kita akan lebih mesra dalam erti kata sebenar. Mungkin aku akan lebih memahami diri mu.
Aku ingin menjadi Bintang
0 catatanAhad, 14 Jun 2009
Rabu, 10 Jun 2009
Pengabdian Cinta
0 catatanSoalan Mengasak, Penuh Tanda Tanya
Banyaknya Jawapan, Mengoncang Penilaian
Dan Ramainya Seteru Mengiringi Perjalanan
Kerna Terlalu Sarat, Aku Menyerah
Di Penjuru Ini, Aku Bentangkan Sejadah
Menghampar Secebis Keutuhan, Yang Tak Pernah Sudah
Mengharungi Detik Ini, Aku Dipenuhi Kekesalan
Amat Penat, Dan Aku Mulai Berharap..
Wahai Pemilik Cinta, Aku Mohon Keteguhan
Dalam Setiap Tarikan Nafas, Memenuhi Rongga Hati
Moga Kau Himpun Kekuatan
Dalam Tangis Dan Sedar, Aku Pintal Seluruh Doa
Dalam Sujud Serta Zikir, Aku Dambakan Ketenangan
Wahai Pemilik Jiwa, Aku Pinta Lunaskan,
Semua Serpih Luka, Mencalar Perasaan
Rasa Tertinggal Dalam Sanubari,
Aku Sedar Keterbatasanku, Tak Mampu Menepis
Namun Aku Mencuba, Ku Sandarkan Pengabdian Cinta
Selasa, 2 Jun 2009
Matang dan Realistik
0 catatanDan akhirnya, kita menjadi matang dan realistik.
Rabu, 27 Mei 2009
Dukacita
0 catatanSalam Takziah buat seisi keluarga beliau. Dan salam sayang disertai doa dan Al-fatihah untuk beliau. Semoga segala amalan dan kebaikan beliau mengiringi pemergian, dan mudah-mudahan roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang benar.
Al-Fatihah. Amin.
Khamis, 21 Mei 2009
Zee Avi 'Bitter Heart'
0 catatanEnjoy!
Rabu, 20 Mei 2009
Zee Avi aka Kokokaina: Bukan bintang Realiti TV
0 catatanHope the best for her, you made Malaysia proud.
Check her music and support her
@MySpace
@YouTube
Selasa, 19 Mei 2009
Bilik Kreatif®: Suci ke Seri
0 catatanSo, aku teringat kat laman web yang aku menceroboh masuk (sebab tak bagi salam kat pemiliknya), aku ada ternampak dia post-kan sesuatu aktiviti masa lapang yang murah, mudah dan cantik (dan sesungguhnya akan mencantikan bilik sewa aku yang sekengkang kera tu) serta menggembirakan.
So tengoklah hasilnya...aku puas hati betul-lah dengan ide minah tu, memang tiptop. Nanti ada masa lapang aku nak buat projek lain-lah pulak. Aku dah banyak dapat ide bernas dan kreatif nie. Yay!
Sebelum MakeOver: Macam suram jer kan. Takde warna kehidupan.
Tapi selepas MakeOver: Wah bilik aku dah jadik macam tempat melihat kehidupan. Banyak sungguh warna.
Jumaat, 15 Mei 2009
Nak Jimat?
0 catatanPeringatan: Tiada paksaan, sekadar cadangan. Sungguhpun cadangan di bawah ini sangat berkesan, tapi adalah perlu diingatkan bahawa cadangan ini boleh membawa pada kemudaratan kepada pengamalnya.
Cadangan untuk cara paling jimat nak jimat.
1. Jangan Makan. Seriously, memang jimat gila. Badan pun boleh jadik macam supermodel size.
2. Jalan Kaki pegi Ofis. Aha, sure badan fit. Dan sangat jimat.
3. Jangan Mandi. For sure, takde bil air.
4. Jangan Hidupkan Letrik. Biarkan jer rumah tu gelap sepanjang masa. Berkesan nie.
Amalkan jika rasional?
1. Jangan Makan makanan yang mahal-mahal dan banyak lemak. Makan yang murah dan berkhasiat, cam buah-buahan.
2. Kalau ofis dekat cam dari Jalan Petaling ke Jalan TAR. Boleh diamalkan. Kalau tidak beli jer basikal. Atau naik jer kenderaan percuma. Masa ni lah keperluan 'boifren'.
3. Hehe. Lap jer badan. For sure bersih jugak. Tak pown beli jer minyak wangi.
4. Guna jer lilin. Jimat dan romantik. Phewittt.....dan Jangan sampai terbakar sudah....
Khamis, 14 Mei 2009
I can be the Next Top Super'model' too
0 catatanSapa yang cakap tu?
Haha...aku lah tue! Perasan kan? Tinggi tak, rendah iya...sibuk nak jadi supermodel. Eh...hello super-'Model' banyak jenis taw. Bukan runway jer, catwalk jer, fashion jer, tapi penyanyi, pelakon, usahawan, pencipta ect., boleh jugak dikategorikan sebagai super-model.
Semalam, member aku tanya...kalau diberi peluang nak jadi Penyanyi terkenal (ala-ala cam Taylor Swift) atau Pilot (yang pandu Kapal Terbang tu), yang gajinya dalam RM 30K sebulan yang mana aku nak jadi? (Iskh...Kenapa tak bagi opsyen antara supermodel dengan pilot? Baru ngam loh).
(Upss...ini mesti sokalan tricky neh? Mesti pikir dulu baru cakap.) Rupanya...sokalan ini straight to the point. No hanky-panky. Uhuk...Malu seh.
Umm...Pilot kot. (Mulut aku terkatup rapat. Aku sedang memikirkan kenapa nak jadi Pilot? Kalau nak banding jadi penyanyi. Pergh, banyak lagi duit penyanyi. Isk kena tukar jawapan neh.)
Eh, cop...aku nak jadi Penyanyi-lah sebab boleh cepat kaya. Kerja tahap cipan in 2 years, retired and bukak company, jadi CEO. Best-best!, cam Kimora Lee tu, atau Tyra Banks atau Janice Dickinson. Kerja lagi, pas tu boleh rehat dalam 3 empat bulan, then kerja lagik. Hehe. Jadi jutawan lagi. Gila-lah punya angan-angan. Sampaikan angan-angan pun tak gila cam tu!
Pas tu member aku gelak memanjang. Tapi aku pedulik hapa. Beberapa puluh saat selepas itu aku pulak gelak cam gila. (dalam hati mengutuk diri sendiri: 'Berangan macam haram. Usaha malas memanjang. Cam ne tu?')
Kalau diberi peluang-lah kan? Kalau tak pun still aku nak jadi super'model' gak. Tak kesah-lah apa orang lain nak cakap janji bahagia.
Rabu, 13 Mei 2009
Aku Tlah Jatuh Cinta Lagi
0 catatanEmil...(Aaron Aziz)
Weh...Aku tahu dia laki orang. Tapi tak salah-kan kalau aku nak jatuh cinta kat watak fiksyen dia. He is so gorgeous and I can't take my eyes off him. Ahaks...suka-suka aku jer kan?
Merupakan graduan dari Princeton University dalam kesusateraan Inggeris menambahkan lagi ke'hot'an beliau. Aku suka dia sebab dia hensem, brilliant dan ngam betul dengan potongan rambut pendek. (Aku gelar dia si botak yang hensem).
Edward Cullen...(Robert Pattinson)
Ntah lah kenapa semua orang yang aku kenal asyik cakap pasal si Robert Pattinson n eh.
Lama kelamaan aku pun naik syok kat dia. Tambah-tambah lagi setelah melihat beliau berkali-kali berlakon kat movie Twilight. Memang cute dan sangat mengujakan.
Dean Winchester...(Jensen Ackles)
Haha..yang neh, cinta aku yang selalu cool dan stailo. Ramai yang suka kat Sam, tapi aku tetap suka kat Dean. Dia nie nampak cam bad guy sket, itu yang buat aku tergila-gila kat dia tu. Biasalah memang ramai perempuan suka kat bad guy look neh. Dan, aku-lah salah seorangnya tu.
Captain Jack Sparrow...(Johnny Deep)
Minat kat Abg Johnny ni memang dah lama. Dari zaman 21 Jump Street dulu lagik. Pas tu masa dia jadi mamat pelik kat Edward Scissorshands pown suka. Tapi watak fiksyen paling best dan jatuh cinta time jadi Captain Jack. Memang superb dan best. Suka Abg Johnny sebab dia watak kelakar paling pintar dan macho.
and My all time cinta mati...
Tarabas...(Nicolas Rogers)
Kalau tak kenal Tarabas memang tak best-lah hidup. Yang nie watak fiksyen yang paling aku gila cinta mati. Tak pernah lagi aku dengar orang sound Tarabas ni tak bergaya. Sayangnya beliau tidak berlakon filem baru lagi. Rindu banget aku sama dia. Ooooohhh....Tarabas-ku. Cinta-ku.
Ghost (Season 2)
0 catatanWell, since dah beberapa episod aku rasa cerita ni makin sedap. Banyak sangat twist yang berputar-putar macam kata-kata Ella Wheeler Wilcox: "The world is round, and the place that seems like the end may only be the beginning." Setiap pencarian dan penemuan (pembongkaran?) akan membawa kepada satu permulaan yang kabur (tapi semakin nyata). Drama ni, aku rasa boleh dapat rating baik, sebab jalan cerita yang segar...ada sesetengah yang boleh dipredict, tapi still aku mencari-cari siapa 'master-mind'? pembunuh? penculik? Lakonan cast banyak sekali improvement gitu. Aku memang minat Cheryl (walaupun cakap laju cam ERL) tapi bab lakonan; she's mantap. Damn good!
Selain Cheryl Samad (Eza), Naz (Zack Imran), Anding (Alam), Isma Hanum (Harom), Melissa Campbell (Alicia Soo), Colin Kirton (Edmun Soo), Fairil Emran (Fariz) dan Zahiril Adzim (Ridzuan) turut membintangi drama ini.
p/s: Tak sabar nak tahu kesudahan cerita Season 2 ni. Aku nak taw juga apa sebab semua ini berlaku. Huhu!!!
